Buletin

KRU Entertainment bakal lancar platform e-dagang sendiri

Penulis: Ashraf Nasser

Dato' Norman Abdul Halim turut menjalin kerjasama diantara Santai Travel & KRU bagi bersama-sama merancakkan semula industri pelancongan tanah air melalui platform e-dagang iLike kendalian KRU.
Dato' Norman Abdul Halim turut menjalin kerjasama diantara Santai Travel & KRU bagi bersama-sama
merancakkan semula industri pelancongan tanah air melalui platform e-dagang iLike kendalian KRU.

29 Sep – Tidak dapat dinafikan kini lebih banyak syarikat penerbit cuba melebarkan perniagaan mereka supaya tidak terlalu bergantung pada satu-satu sumber sahaja termasuklah KRU Entertainment yang turut sama melebarkan sayap perniagaan mereka apabila bakal melancarkan platform e-dagang mereka sendiri tidak lama lagi.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment iaitu Dato' Norman Abdul Halim, platform e-dagang itu akan diberi nama iLike yang mana ia merupakan salah satu transformasi syarikat.

"Platform iLike adalah satu platform e-dagang yang kami rancang sejak September tahun lalu dan kini memasuki fasa terakhir sebelum dilancarkan.

"Ini adalah platform untuk membantu golongan berpengaruh seperti artis, ikon dalam pelbagai bidang bahkan 'influencer' mikro untuk mempromosikan produk mereka secara online.


"Bukan hanya produk yang dikeluarkan oleh golongan ini, mereka juga boleh bekerjasama dengan usahawan-usahawan tempatan untuk mempromosikan produk sedia ada dan secara tak langsung membantu meningkatkan ekonomi," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Norman berkata ketika platform e-dagangnya bukan sahaja dibuka kepada artis dibawah naugan KRU Entertainment, tetapi juga terbuka kepada artis lain.

Ketika ini dia sudah mempunyai 20 selebriti yang menunjukkan minat untuk menyertai platform e-dagangnya yang mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Oktober ini.

(Sumber foto: Norman Abdul Halim Instagram)

Cinema Online, 29 September 2020


Related Movies:
29 Februari (Malay) (06 Sep 2012)
Showtimes