Buletin

Lamaran Salman Khan pernah ditolak oleh bapa Juhi Chawla

Penulis: Nisa Irina

Salman Khan masih solo sementara Juhi Chawla sudah berkahwin dengan Jay Mehta.
Salman Khan masih solo sementara Juhi Chawla sudah berkahwin dengan Jay Mehta.

16 Nov – Biarpun pernah dikhabarkan bercinta dengan ramai aktres popular, namun sehingga kini bintang Bollywood Salman Khan masih belum berkahwin atau meluahkan hasrat untuk mengakhiri zaman bujang.

Namun pasti ramai peminat tidak menyangka bahawa Salman berkeinginan untuk berkahwin dengan aktres dan Miss India 1984, iaitu tidak lain dan tidak bukan, Juhi Chawla.


Malah, bintang filem "Dabangg 3" itu turut mendedahkan bahawa dia pernah melamar Juhi menerusi bapa aktres tersebut, namun sayang sekali lamarannya telah ditolak.

Berita mengejutkan itu telah didedahkan oleh Salman sendiri menerusi sebuah rancangan bual bicara yang berlangsung pada beberapa tahun lalu.

"Dia (Juhi) seorang gadis yang sangat manis dan comel. Saya bertanyakan bapanya jika dia akan membenarkan saya untuk berkahwin dengan anaknya.

"Dia balas tidak. Mungkin tak menepati cita rasanya. Saya tak tahu kualiti lelaki macam mana yang mereka mahukan," katanya yang dipetik dari Bollywood Life.

Dalam pada itu, Salman memberitahu dia tidak membintangi filem bersama Juhi kerana yakin bahawa aktres itu tidak mahu bergandingan dengannya.

Sementara itu, Juhi yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 November berkata, setiap kali mereka terserempak, Salman seolah-olah tidak mengenalinya, hingga dia tidak yakin untuk berlakon dengannya.

(Sumber: Bollywood Life)
(Sumber foto: Pinterest & Deccan Herald)

Cinema Online, 17 November 2020


Related Movies:
Dabangg 3 (Hindi) (20 Dec 2019)
Bharat (Hindi) (05 Jun 2019)

Pautan Berkaitan:
Showtimes