Buletin

Lee Min-Ho bakal ambil tindakan terhadap komen berniat jahat di media sosial

Penulis: Nisa Irina

Ini bukan kali pertama Lee Min-Ho berdepan komen-komen berniat jahat terhadapnya.
Ini bukan kali pertama Lee Min-Ho berdepan komen-komen berniat jahat terhadapnya.

13 Ogos – Agensi aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min-Ho, iaitu MYM Entertainment akan mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang menyebarkan berita palsu dan meninggalkan komen berniat jahat mengenai aktor itu.

Sehubungan dengan itu, firma perundangan LIWU Law Group yang berpengkalan di Seoul, telah pun mengeluarkan satu kenyataan pada 12 Ogos bahawa mereka sedang memantau komen-komen sebegitu di media sosial.

"Firma perundangan sedang memantau perkongsian-perkongsian tidak berasas terhadap aktor MYM Entertainment Lee Min-Ho yang mengandungi kecaman, gangguan seksual, laporan palsu dan spekulasi berniat jahat.


"Kami sedang mengumpul bahan bukti berkenaan daripada pihak yang telah membuat perkongsian secara dalam talian seperti DC Inside, kafe dan blog, menasihat atau meminta ia dipadam, mencipta data berkenaan pengguna media sosial yang meninggalkan komen-komen berniat jahat dan memfailkan laporan.

"Kami juga sedang mengumpul bahan bukti dan menyenaraikan mereka yang meninggalkan komen-komen sebegitu berdasarkan maklumat yang diberi daripada alamat e-mel MYM Entertainment, jadi kami berharap dapat menerima lebih banyak maklumat," ujar pihak LIWU yang dipetik dari KStar Live.

Buat makluman lanjut, ini bukanlah kali pertama agensi Lee Min-Ho membuat tindakan sedemikian, kerana pada Mei 2019, aktor filem "Bounty Hunters" itu turut berdepan isu yang sama.

Beralih ke perkembangan lakonan pula, baru-baru ini Lee Min-Ho membintangi drama bersiri "The King: Eternal Monarch", bersama Kim Go-Eun, Woo Do-Hwan, Kim Kyung-Nam, Jung Eun-Chae dan Lee Jung-Jin.

(Sumber foto: Kpop Herald)

Cinema Online, 13 Ogos 2020


Showtimes