Buletin

Luna Maya tak suka tayang harta untuk konten YouTube

Penulis: Ashraf Nasser

Luna Maya tidak terikut-ikut dengan trend artis mempunyai saluran YouTube.
Luna Maya tidak terikut-ikut dengan trend artis mempunyai saluran YouTube.

1 Okt – Tidak dapat dinafikan ketika ini saluran YouTube merupakan salah satu media sosial yang sangat berpengaruh di dunia yang mana ramai yang mula aktif menghasilkan video untuk menjana wang dan golongan selebriti juga tidak melepaskan peluang itu.

Bagaimanapun berbeza pula dengan pelakon terkenal Luna Maya yang mengakui dirinya tidak gemar memaparkan kekayaan dan harta benda seperti yang dilakukan oleh artis lain untuk konten YouTube.

"Pada padangan peribadi saya, saya tidak ada bakat untuk ke arah itu. Mungkin pemikiran saya berbeza dengan mereka.


"Sebagai contoh selebriti yang aktif di YouTube memperlihatkan kekayaan mereka dan memberi hadiah kepada subscriber. Tetapi jika saya mempunyai wang banyak seperti itu saya lebih suka melabur dalam bentuk emas atau membeli tanah," ujarnya yang dipetik dari Kapanlagi.

Pada masa sama, pelakon "Tembus" ini berkata dalam dunia hiburan ini tiada batas kerana tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah.

Tetapi apa yang penting adalah konten yang dihasilkan tidak menimbulkan provokasi atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

(Sumber foto: Luna Maya Instagram)

Cinema Online, 1 Oktober 2020


Related Movies:
Sabrina (Indonesian) (27 Sep 2018)

Jwplayer article page COSG
Showtimes