Buletin

AC Mizal sudah tiada kaitan dengan Awesome TV

Penulis: Ashraf Nasser

AC Mizal sasar untuk lancarkan stesen televisyennya dalam tahun ini juga.
AC Mizal sasar untuk lancarkan stesen televisyennya dalam tahun ini juga.

14 Feb – Pelakon, pengacara, penyanyi dan ahli perniagaan Datuk AC Mizal menjelaskan dia kini sudah tiada apa-apa kaitan dengan stesen televisyen Awesome TV dan merancang untuk menubuhkan stesen televisyennya sendiri pula dalam masa terdekat ini.

"Sebagai pemilik lessen penyiaran, saya dan isteri berhak menentukan dengan siapa ingin bekerjasama. Kami tidak boleh menghalang Awesome TV meneruskan rancangan menubuhkan stesen itu.

"Sebelum ini, kami memilih tidak mendedahkan perkara ini sebagai menghormati keputusan Awesome TV yang masih ingin meneruskan hasrat mereka. Memandangkan ramai yang masih keliru dengan status, jadi saya ingin memaklumkan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Awesome TV," ujarnya yang dipetik dari BH Online.


Tambah AC lagi, dia dan isterinya Datin Emylia Rosnaida kini fokus kepada stesen baru mereka yang mungkin dikenali sebagai AC TV dan dijangka akan memulakan operasi pada tahun ini.

Dalam pada itu, pelakon "Abang Long Fadil 2" ini berkata menurut perancangan, mereka ingin memperkenalkan lima saluran, tetapi akibat kos yang terlalu tinggi maka mereka akan lancarkan satu saluran terlebih dahulu sebelum saluran lain menyusul secara berperingkat.

Menurut AC, dia perlu mencari rakan kongsi untuk merealisasikan stesen kerana kos yang diperlukan adalah sebanyak RM100 juta.

Terdahulu, AC pernah menubuhkan stesen radio dalam talian iaitu Peace Yall FM kira-kira tiga tahun lalu, bagaimanapun ia tidak bertahan lama selepas operasinya ditamatkan.

(Sumber foto: AC Mizal Instagram)

Cinema Online, 14 Februari 2020


Related Movies:
Abang Long Fadil 2 (Malay) (26 Aug 2017)
My Spy (12 Mar 2020)

Jwplayer article page COSG
Showtimes