Buletin

Nazia Mustafar kesal ditawar bayaran rendah untuk bintangi telefilem

Penulis: Nisa Irina

Nazia Mustafar mohon maaf kerana tak dapat menahan emosinya.
Nazia Mustafar mohon maaf kerana tak dapat menahan emosinya.

1 Okt – Pelakon Nazia Mustafar tidak dapat menahan marah apabila sebuah syarikat produksi menawarkan bayaran rendah untuk membintangi telefilem yang mempunyai 28 babak.

Menurut pemilik nama asal Siti Naziyah Sheikh Mustafar itu, syarikat produksi tersebut hanya menawarkan jumlah RM1,500 sahaja untuk penggambaran selama empat hari.

Lantaran itu, pelakon filem "Zombi Kampung Pisang" berkenaan meluahkan kekesalannya menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram miliknya kelmarin.

"Penggambaran telefilem empat, 28 babak, nak bayar RM1,500. Agak-agaklah, ini namanya melampau! Lain kali nak hubungi artis untuk bagi kerja, kenal pasti siapa artis itu. Tolonglah ya.


"Saya tak pernah marah tapi saya rasa kali ini melampau. Bahasa juga agak kurang ajar. 'Kalau tak nak tak apalah, ramai artis yang nak'. Biadap betul," tulisnya.

Perkongsian Nazia turut menarik perhatian rakan-rakan artis lain seperti Azhan Rani, Mimi Ernida, Azza Elite, Shiera Ijoy, Haiza Hanafi, serta warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan syarikat produksi tersebut.

Terdahulu, ramai artis yang telah berdepan situasi sama turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila menerima tawaran berlakon dengan bayaran yang tidak masuk akal.

Walau bagaimanapun, Nazia tampil memohon maaf kerana memuat naik perkongsian sebegitu serta memberita dia telah pun memaafkan pihak berkenaan menerusi perkongsian yang baru.

Dalam perkembangan lain, kali terakhir Nazia dilihat berlakon adalah menerusi drama rantaian TV3 "Ironi Kasih" dan siri adaptasi Amerika Syarikat, "Pretty Little Liars" dalam versi Indonesia yang ditayangkan menerusi platform digital.

(Sumber foto: Nazia Mustafar Instagram)

Cinema Online, 1 Oktober 2020


Related Movies:
JANGAN TEGUR (Malay) (23 Apr 2009)
Showtimes