Buletin

Neelofa bersyukur bilangan kes COVID-19 berkurangan

Penulis: Nisa Irina

Neelofa aktif menjalankan perniagaan produk susu dan jenama tudungnya.
Neelofa aktif menjalankan perniagaan produk susu dan jenama tudungnya.

22 Apr – Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa meluahkan rasa lega dan syukur sejurus melihat kadar kes baru wabak COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia semakin berkurangan.

"Selamat pagi semua! Rasa gembira dan sangat bersyukur bila tengok bilangan kes baru semalam berkurang sehingga 36 kes sahaja.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar bilangan ini akan terus berkurangan, Insha'Allah. Tahniah buat semua barisan hadapan atas usaha anda!

"#KitaMestiMenang #BreakTheChain #StayAtHome" tulisnya di laman Twitter awal pagi tadi.


Baru-baru ini juga, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, telah memberi ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah selepas beliau diiktirafkan sebagai tiga doktor terulung di peringkat global dalam memerangi COVID-19.

Dalam pada itu, pelakon filem "Pilot Cafe" ini dilihat giat menjalankan perniagaan produk susu berperisa pisangnya iaitu Nilofa yang dikeluarkan dengan perisa kurma eksklusif sepanjang bulan Ramadan.

Selain produk susu, Neelofa juga baru sahaja melancarkan koleksi raya bagi jenama tudung Naelofar bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Koleksi tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang Naelofar.

(Sumber foto: Neelofa Instagram)

Cinema Online, 21 April 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes