Buletin

Neelofa jalin kerjasama dengan Mercy Malaysia bantu golongan terjejas COVID-19

Penulis: Nisa Irina

Neelofa nasihatkan orang ramai supaya memanfaatkan bulan Ramadhan sepenuhnya.
Neelofa nasihatkan orang ramai supaya memanfaatkan bulan Ramadhan sepenuhnya.

24 Apr – Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa mengumumkan jalinan kerjasama antara jenama tudungnya Naelofar dengan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia untuk membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, sebanyak lima peratus daripada jumlah jualan bulan April akan disalurkan kepada badan NGO itu menyedia dan mengagihkan barangan keperluan harian.

"Gembira dapat bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Dengan setiap pembelian di laman sesawang kami, 5% dari jumlah penjualan bulan April akan disumbangkan kepada Mercy Malaysia untuk membantu mereka yang paling terjejas dalam keadaan semasa.


"Bantu Mercy Malaysia untuk menyediakan keperluan asas kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat COVID-19. #KitaJagaKita #Naelofarcares," tulisnya di Twitter baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram Mercy Malaysia, pihak NGO tersebut dilihat aktif melawat rumah-rumah kebajikan di seluruh Malaysia bagi mengagihkan barangan keperluan seperti bahan mentah dan keperluan kebersihan.

Di samping itu, Neelofa juga baru sahaja melancarkan koleksi raya bagi jenama tudungnya bersempena Hari Raya Aidilfitri yang kini boleh didapati menerusi laman sesawang Naelofar.

Dalam menyambut Ramadhan, Neelofa memberitahu walaupun tahun ini akan mempunyai kelainan, namun dia masih bersikap positif dan menasihatkan orang ramai untuk memanfaatkan bulan ini sepenuhnya serta sentiasa menjaga keselamatan.

(Sumber foto: Neelofa Instagram & Twitter)

Cinema Online, 24 April 2020


Showtimes