Buletin

Nelydia Senrose kesal Chriszen sensasikan kes mahkamah kepada media

Penulis: Ashraf Nasser

Nelydia juga akan membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diatas komen-komen yang tidak berasas
Nelydia juga akan membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
diatas komen-komen yang tidak berasas

8 Jul – Pelakon popular Nelydia Senrose meluahkan rasa kesal dan kecewanya terhadap pemilik produk kecantikan Chriszen Malaysia Sdn Bhd yang mensensasikan kes tuntutan yang masih berlangsung di mahkamah kepada pihak media.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkata demikian menerusi satu entri di laman sosial Instagram miliknya.

"Saya merujuk kepada artikel-artikel yang diterbitkan oleh beberapa pihak media tempatan berkenaan dengan kes mahkamah saya dengan Chriszen yang kini masih sedang berlangsung, secara khususnya artikel yang diterbitkan oleh mStar online bertarikh 7.7.2020.


"Saya kecewa dengan tindakan Chriszen dalam membuat tuntutan sensasi kepada pihak media berkenaan dengan satu tuntutan kes yang masih berlangsung, sebelum pihak mahkamah dapat mendengar secara penuh dan menentukannya.

"Sebagai rekod, saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan oleh Chriszen," tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon "Mat Tudung" itu berkata dia ketika ini sedang menentang tuntutan itu di mahkamah yang mana ia merupakan forum betul menentukan pertikaian ini.

Pada masa sama Nelydia juga akan mempertahankan haknya untuk membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diatas komen-komen yang tidak berasas ini.

(Sumber foto: Nelydia Senrose Instagram)

Cinema Online, 8 Julai 2020


Showtimes