16 Okt – Pelakon dan penyanyi jelita Indonesia Nikita Willy selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Indra Priawan dengan sekali lafaz tepat jam sembilan pagi ini (Jumaat). Seperti yang dilaporkan oleh Detik.com, majlis akad nikah dilangsungkan mengikut adat Minang di kediaman Nikita yang terletak di Jakarta Timur.