6 Jun – Pengarah filem klasik terkenal "Don" (1978), Chandra Barot, mendedahkan bahawa dia pernah menawarkan filem itu kepada tiga aktor berbeza sebelum memilih bintang veteran Amitabh Bachchan. Menurut Chandra, dia telah memberi tawaran kepada Dev Anand, Jeetendra dan Dharmendra tetapi ketiga-tiga mereka menolak kerana tidak berminat untuk membintangi filem tersebut. Chandra berjaya melakar sejarah sendiri apabila filem itu berjaya meraih sambutan yang sangat memberangsangkan selepas Bachchan bersetuju untuk menerajuinya. Seperti yang dilaporkan menerusi Times of India, sehingga kini filem aksi thriller jenayah itu masih menjadi salah satu filem paling ikonik yang dilakonkan oleh Bachchan.