Buletin

Pengalaman berlakon banyak bantu Joko Anwar untuk mengarah

Penulis: Nisa Irina

Karya filem Joko Anwar sering menerima pujian daripada penonton seluruh dunia.
Karya filem Joko Anwar sering menerima pujian daripada penonton seluruh dunia.

1 Okt – Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan dari sekolah perfileman, namun ia tidak menghalang impian pembikin filem tersohor Indonesia, Joko Anwar untuk cemerlang dalam dunia perfileman.

Menurut Joko dalam sebuah perkongsian di Twitter, pengalamannya sebagai pelakon secara tidak langsung banyak membantu untuk mempertingkatkan lagi kualiti sebagai seorang pengarah.

"Terus terang, saya telah beberapa kali membintangi filem untuk merasai bagaimana pengalaman diarahkan oleh seorang pengarah.

"Pengalaman ini saya gunakan untuk mengarah para pelakon saya ketika saya sendiri menjadi pengarah.

"Kebetulan pula saya tidak pernah masuk sekolah perfileman, jadi pembelajaran seperti ini sangat membantu," ujar Joko yang membalas pendapat seorang peminat di Twitter.


Tambah pengarah filem "Pengabdi Setan" itu lagi, sebagai pembikin filem, dia tidak pernah berasa puas jika sesebuah filemnya selesai disiapkan kerana berpendapat ianya terdapat banyak kekurangan.

"Kalau ada aspek yang dipuji, saya bersyukur, saya jadikan bahan promosi untuk orang ramai menonton. Kalau ada yang kritik, saya harus terima. Berguna untuk belajar lagi," katanya.

Baru-baru ini, Joko berjaya mendapat pengiktirafan di Amerika Syarikat apabila presiden Marvel Studios, Kevin Feige memuji karya milliknya menerusi acara Disney+ Hotstar Grandfest yang diadakan secara virtual.

Filem pertama dari alam sinematik Bumilangit arahannya iaitu "Gundala", lakonan Abimana Aryasatya dan Bront Palarae, akan ditayangkan menerusi portal penstriman itu pada Februari 2021.

(Sumber foto: Joko Anwar Instagram)

Cinema Online, 1 Oktober 2020


Related Movies:
Impetigore (Indonesian) (13 Jul 2020)
The Queen Of Black Magic (Indonesian) (01 Jan 2020)

Jwplayer article page COSG
Showtimes