Buletin

Penggambaran filem baru Pooja Hegde ditangguhkan

Penulis: Nisa Irina

Pooja Hegde turut teruja untuk bekerjasama dengan Salman Khan tidak lama lagi.
Pooja Hegde turut teruja untuk bekerjasama dengan Salman Khan tidak lama lagi.

24 Mac – Demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak, kumpulan produksi filem baru lakonan Pooja Hegde di Eropah terpaksa ditangguhkan buat sementara atas kebimbangan pandemik COVID-19.

"Saya dan kumpulan produksi sangat berhati-hati. Kami sentiasa membersihkan tangan, memakai topeng muka dan menjaga jarak dengan orang lain.

"Banyak lagi babak yang belum difilemkan. Pihak penerbit kini sedang merancang untuk mencari lokasi penggambaran yang baru," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Sehubungan dengan itu, aktres tersebut dilaporkan telah pulang ke India selepas terlibat dengan penggambaran yang baru sahaja berlangsung selama tiga hari di Georgia.


Menerusi filem yang belum diberi judul arahan Radha Krishna Kumar itu, Pooja digandingkan bersama Prabhas, aktor yang membuat debut di layar perak menerusi filem Telugu "Eeswar".

Beralih ke perkembangan lain, Pooja bakal bekerjasama dengan bintang terkenal Salman Khan menerusi filem terbaru mereka "Kabhi Eid Kabhi Diwali".

Menurut Pooja, dia teruja untuk memulakan sesi penggambaran yang dijangka bakal bermula pada penghujung tahun ini.

"Kabhi Eid Kabhi Diwali" dijangka akan menemui penonton pada Aidilfitri 2021.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Pooja Hegde Instagram)

Cinema Online, 24 Mac 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes