Buletin

Priyanka Chopra kongsi video 'throwback' lagu filem "Karam" 15 tahun lalu

Penulis: Nisa Irina

Priyanka Chopra akui rasa bertuah kerana menerima penyanyi hebat untuk mengalih suaranya dalam filem "Karam".
Priyanka Chopra akui rasa bertuah kerana menerima penyanyi hebat untuk mengalih
suaranya dalam filem "Karam".

23 Mei – Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas mengembalikan nostalgia filem aksi thriller lakonannya "Karam" (2005) apabila dia memuat naik video 'throwback' babaknya menyanyikan lagu "Tinka Tinka".

Terdahulu, lagu terbitan Vishal-Shekhar itu pernah meraih perhatian ramai sehinggakan ramai peminat yang menganggap Priyanka merupakan penyanyi asal lagu tersebut.


Namun menurut aktres filem "Baywatch" itu, seperti mana yang dilihat dalam filem-filem lain, "Tinka Tinka" juga dialih suara oleh salah seorang penyanyi kegemarannya, Alisha Chinai.

""Tinka Tinka" adalah sebuah lagu daripada filem lama saya "Karam" (Deed). Ia dirilis pada 2005. Kepada sesiapa yang tidak tahu, filem-filem Hindi sering menggunakan khidmat penyanyi latar kepada kebanyakan aktor dan saya berpeluang untuk menerima beberapa penyanyi hebat untuk mengalih suara dalam filem saya selama bertahun-tahun.

"Tetapi apabaila lagu ini diriliskan, ramai yang menganggap ia adalah nyanyian saya, tetapi sebenarnya suara itu milik salah seorang penyanyi kegemaran saya, Alisha Chinai. Dia meniru nada suara saya dengan baik sekali. Terima kasih Alisha!!" tulisnya di Instagram.

 

Untuk rekod, filem "Karam" arahan Sanjay F. Gupta menggandingkan Priyanka bersama aktor filem aksi John Abraham, di mana mereka menjayakan yang watak suami isteri, John dan Shalini.

Menurut penerbit Harry Baweja, filem itu adalah berdasarkan kisah benar dan difilemkan di Mumbai. Sayangnya, filem itu gagal meraih kutipan pecah panggung di India dan luar negara.

(Sumber: Priyanka Chopra Instagram)
(Sumber foto: Cinestaan)

Cinema Online, 23 Mei 2020


Showtimes