Buletin

Priyanka Chopra bersikap 'neutral' terhadap filem bergenre aksi

Penulis: Nisa Irina

Priyanka Chopra anggap dirinya bersifat atletik.
Priyanka Chopra anggap dirinya bersifat atletik.

31 Mac – Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas memberitahu dia sentiasa berpendirian 'neutral' terhadap filem bergenre aksi dan tidak membandingkan jika aktor atau aktres lebih layak untuk membintanginya.

"Saya seorang yang bersikap neutral terhadap jantina. Saya harap akan tiba masanya di mana kita tidak melabel kan filem atau pengarah dari segi jantina.

"Saya juga berharap golongan wanita akan memberanikan diri dan keluar dari zon selesa untuk mencuba benda baru dan disokong oleh para ibu bapa seperti mana ibu bapa saya sentiasa menyokong impian saya," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, Priyanka memberitahu dia lebih selesa menjayakan aksi lagak ngeri dengan sendiri dalam filem dan tidak memerlukan bantuan 'stunt double'.


"Saya sering menjayakan aksi lagak ngeri sendiri seperti dalam filem "Don" dan "Quantico". Saya percaya dengan kebolehan tubuh badan saya. Boleh dikatakan saya ini bersifat atletik," tambahnya lagi.

Ujar bintang filem "The Sky Is Pink" itu lagi, dia berharap untuk membintangi lebih banyak filem bergenre aksi pada masa akan datang.

Terbaru, Priyanka bakal kembali ke layar perak dengan filem adiwira kanak-kanak "We Can Be Heroes" yang diarah serta diterbitkan oleh Robert Rodriguez di bawah syarikat produksinya Troublemaker Studios.

Ia berkisarkan sekumpulan adiwira kanak-kanak yang bersatu untuk menumpaskan makhluk asing yang telah menculik ibu bapa mereka serta menyelamatkan dunia.

Filem yang bakal ditayangkan menerusi Netflix itu turut dibintangi oleh Christian Slater, YaYa Gosselin, Akira Akbar, Haley Reinhart, Andy Walken, Andrew Diaz, Pedro Pascal dan ramai lagi.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Leather Celebrities)

Cinema Online, 31 Mac 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes