Buletin

Punca Sushant Singh Rajput bunuh diri akan disiasat dari sudut 'persaingan profesional'

Penulis: Nisa Irina

Anil Deshmukh maklumkan pihak polis akan jalankan siasatan atas kes Sushant Singh Rajput.
Anil Deshmukh maklumkan pihak polis akan jalankan siasatan atas kes Sushant Singh Rajput.

18 Jun – Pihak Polis Mumbai sudah pun menjalankan siasatan terhadap kes kematian Sushant Singh Rajput sehari selepas aktor itu disahkan meninggal dunia di kediamannya pada Ahad lalu.

Sehubungan dengan itu, memandangkan Sushant disyaki bunuh diri akibat kemurungan, maka pihak polis akan menyisasat dari sudut persaingan profesional dalam industri perfileman Bollywood.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Kabinet Maharashtra Anil Deshmukh menerusi sebuah video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di laman Twitter.


"Menurut laporan bedah siasat aktor Sushant Singh Rajput, ia telah terbukti bahawa kematiannya berpunca akibat bunuh diri.

"Berdasarkan laporan media, sepertinya persaingan profesional dalam industri perfileman mungkin menjadi salah satu punca di sebalik kematiannya. Sudut ini akan disiasat oleh pihak polis," ujarnya yang dipetik dari The Economic Times.

Seperti yang dilaporkan, Sushant telah ditemui tergantung di siling kediamannya di Bandra dan laporan awal menyatakan aktor filem "MS Dhoni: The Untold Story" itu membunuh diri, namun tiada nota bunuh diri dijumpai.

Selepas kematiannya, beberapa individu dan selebriti ternama yang mengenalinya tampil mendedahkan bahawa Sushant berdepan cabaran berat selama berkecimpung dalam dunia Bollywood.

Malah dalam salah satu temubual, Sushant juga pernah mengakui dia tidak mempunyai ramai kawan dan ramai daripada kenalannya hanya berpura-pura suka kepadanya.

(Sumber: The Economic Times & Anil Deshmukh Twitter)
(Sumber foto: Mid-Day & Meredith Corp)

Cinema Online, 18 Jun 2020


Showtimes