Buletin

Raffi Ahmad mahu anak perempuan tapi bimbang karma?

Penulis: Ashraf Nasser

Raffi Ahmad berkata dia kini sudah terbuka sekiranya isterinya mahu tambah anak baru.
Raffi Ahmad berkata dia kini sudah terbuka sekiranya isterinya mahu tambah anak baru.

10 Ogos – Penerbit, pengarah dan pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad telah membuat pengakuan bahawa dia sememangnya teringin timang anak perempuan tetapi takut anaknya terkena karma.

"Saya takut, sebenarnya saya ingin punya anak lagi, saya mahu anak perempuan. Tetapi saya takut nanti anak perempuan saya dipermainkan oleh lelaki nakal seperti saya ketika muda-muda dahulu," ujarnya yang dipetik dari Kapanlagi.com.


Raffi berkata demikian ketika dirinya dihipnotis oleh Uya Kuya di saluran YouTube rasmi Uya Kuya TV.

Ketika sedang dihipnotis pelakon "Kesempatan Keduda" ini turut mengakui banyak membuat salah ketika zaman mudanya.

Dia bagaimanapun akhirnya berkata sekiranya isterinya mahu tambah cahaya mata dia tidak kisah samada anak itu lelaki atau pun perempuan.

Terdahulu, Raffi yang berkahwin dengan Nagita Slavina telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rafathar.

(Sumber foto: viva.co.id)

Cinema Online, 10 Ogos 2020


Showtimes