Buletin

Raima Sen teruja bakal debut dalam filem Tamil

Penulis: Ashraf Nasser

Raima Sen kagum dengan kualiti yang ada pada pembikin filem Naveen yang membuatkannya tak fikir panjang untuk terima tawaran berlakon daripadanya.
Raima Sen kagum dengan kualiti yang ada pada pembikin filem Naveen yang membuatkannya tak fikir panjang untuk terima tawaran berlakon daripadanya.

18 Nov – Aktres filem Hindi dan Bengali popular Raima Sen teruja apabila dia bakal membuat debutnya dalam filem Kollywood "Agni Siragugal" tidak lama lagi.

Menurut Raima, dia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membintangi filem Tamil dan apabila dihubungi oleh pembikin filem terkenal Naveen yang bintangi filem Tamil, dia tidak fikir panjang untuk menerima tawaran itu.

"Saya telah ditawarkan untuk bintangi filem itu tahun lalu. Kami sudah selesai menjalani penggambaran tahun lalu juga di Chennai dan Kolkata. Selepas perintah berkurung, kami telah menyiapkan keseluruhan filem.


"Saya sememangnya mahu bintangi filem Tamil. Adik saya Riya Sen sudah bintangi filem Tamil dan saya dengar banyak perkara menarik mengenai industri Kollywood daripadanya. Jadi apabila saya dapat tawaran dari Naveen, saya fikir mengapa tidak?," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Selain itu, antara faktor lain yang menarik minatnya adalah genre aksi thriller selain wataknya yang sangat menarik.

Dalam pada itu, Raima turut kagum dengan Naveen yang disifatkan sebagai seorang pembikin filem muda yang mempunyai karisma dan sentiasa tampil dengan idea yang berbeza sekaligus membuatkannya teruja untuk membintangi filem itu.

Runut bunyi untuk filem itu akan mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Vijay Antony.

(Sumber foto: Hindustan Times)

Cinema Online, 18 November 2020


Showtimes