29 Dis – Sekian lama berdiam diri, bintang Bollywood Ranbir Kapoor akhirnya membuka mulut untuk mengesahkan status hubungannya bersama aktres Alia Bhatt. Baru-baru ini tular di media sosial bahawa Ranbir akan berkahwin dengan buah hatinya itu pada tahun ini namun rancangannya terganggu akibat pandemik COVID-19. Dalam sebuah temu bual secara dalam talian, Ranbir mengesahkan bahawa dia dan Alia sedang bercinta dan mereka akan melangsungkan perkahwinan seperti yang dirancang.
Apa yang pasti, sudah tentu ramai peminat yang ternanti-nanti masanya apabila Ranbir mengumumkan majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran tidak lama lagi. Beralih ke perkembangan lain, Ranbir dan Alia akan dilihat berkongsi skrin dalam filem fantasi terbesar Bollywood, "Brahmastra" yang dijangka tayang pada 2021. (Sumber foto: Zaribunty.com)