Buletin

Ranveer Singh kongsi persamaannya dengan watak "Gully Boy"

Penulis: Nisa Irina

 Ranveer Singh anggap
Ranveer Singh anggap "Gully Boy" peluang terbaik untuk beri tribute kepada bandar Mumbai.

5 Jun – Aktor Ranveer Singh berpendapat bahawa dia mempunyai banyak persamaan dengan watak Murad Ahmed yang dijayakan dalam filem pecah panggung arahan Zoya Akhtar, "Gully Boy".

Watak Murad Ahmed yang ditunjukkan dalam filem itu adalah seorang penyanyi rap picisan berasal dari Dharavi, Mumbai, yang diinspirasikan dari kisah hidup penyanyi rap jalanan Divine dan Naezy.

"Ramai kenalan saya yang berpendapat watak itu sesuai dengan saya atau memang direka khas buat saya kerana ia adalah kombinasi pelbagai perkara yang berkait rapat dengan saya.


"Satu adalah perasaan cinta saya terhadap Mumbai, saya berasal dari Mumbai jadi saya ingin luahkan perasaan saya terhadap bandar kelahiran saya. Ia sangat bermakna buat saya dan saya amat berbangga terhadap bandar saya.

"Saya mencari peluang untuk memberi 'tribute' kepadanya apabila melihat aspek-aspek indah itu dan "Gully Boy" adalah peluang terbaik," katanya yang dipetik dari The New Indian Express.

Menurut Ranveer lagi, Zoya telah menghasilkan satu karya berupa surat cinta kepada bandar Mumbai serta muzik rap dan hip hop, sekaligus mengimbau semula zaman mudanya yang meminati genre muzik tersebut.

Perkara yang membezakan Ranveer dan Murad adalah situasi dan halangan yang perlu Murad hadapi sehingga menyukarkan perjalanan untuk mengejar impiannya.

Sehubungan dengan itu, Ranveer menyifatkan "Gully Boy" sebagai salah satu pengalamannya yang paling berharga dan berterima kasih kepada Zoya kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Filem yang menerima tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Berlin itu turut dibintangi para pelakon lain seperti Alia Bhatt, Siddhant Chaturvedi, Vijay Raaz, Vijay Varma dan Amruta Subhash.

(Sumber: The New Indian Express)
(Sumber foto: Maxim & Eastern Eye)

Cinema Online, 5 Jun 2020


Showtimes