Buletin

Kutipan "Rock 4: Rockers Never Dai" terjejas kerana COVID-19

Penulis: Ashraf Nasser

Mamat Khalid akui sambutan terhadap filem keempat Rock tidak sehebat tiga filem terdahulu.".
Mamat Khalid akui sambutan terhadap filem keempat "Rock" tidak sehebat tiga filem terdahulu.

3 Mac – Situasi getir yang berlaku di seluruh dunia akibat penyebaran wabak COVID-19 telah menjejaskan pelbagai sektor termasuklah industri filem tempatan yang mana filem "Rock 4: Rockers Never Dai" antara yang menjadi mangsa.

Menurut pengarah dan penulis skrip filem itu iaitu Mamat Khalid, wabak itu telah membuatkan orang ramai takut untuk keluar ke tempat awam kerana bimbang dengan penyebaran wabak yang boleh membawa maut itu.

"Saya sendiri belum menerima jumlah spesifik mengenai kutipan filem "Rock 4: Rockers Never Dai" yang masih lagi ditayangkan.

"Saya tak nafikan dengan keadaan penularan wabak COVID-19, sedikit sebanyak membuatkan orang takut untuk keluar berkunjung ke tempat awam," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.


Pada masa sama, Mamat juga berkata antara faktor lain yang menyumbang kepada kemerosotan kutipan adalah situasi politik tanah air yang bergolak hebat ketika ini.

Pengarah itu berkata dia sendiri terkejut apabila keluar dan melihat betapa lengagnnya keadaan di pekan dan bandar.

Filem keempat dari francais "Rock" ini adalah kesinambungan dari filem ketiga iaitu berlatarkan berbelas tahun selepas insiden yang berlaku yang mana menceritakan mengenai Dio yang kembali sedar dari koma yang panjang.

Dia bertemu dengan kumpulan muzik remaja dan kemudiannya mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan rock Rimba Bara 2.

Filem yang mula ditayangkan pada 20 Februari yang lalu ini dibintangi oleh Sharwani, Hazama, Adam John, Nazimi Fahmi dan Bulan Terry.

Cinema Online, 3 Mac 2020


Related Movies:
Rock Bro!: Kembali Ke Pangkal Jalan (Malay) (01 Dec 2016)
Showtimes