Buletin

"Roh" akan ditayangkan di platform penstriman "MUBI"

Penulis: Ashraf Nasser

Filem "Roh" mendapat pujian daripada pengkritik filem yang berkata kualiti filem ini setanding dengan filem luar negara walaupun menelan belanja yang kecil.
Filem "Roh" mendapat pujian daripada pengkritik filem yang berkata kualiti filem
ini setanding dengan filem luar negara walaupun menelan belanja yang kecil.

1 Okt – Jika sebelum ini beberapa filem tempatan memilih untuk menayangkan filem mereka di saluran televisyen berbayar sebelum ke pawagam, berbeza pula dengan filem seram "Roh" yang memilih untuk menayangkan di pawagam terlebih dahulu.

Walaupun ramai penerbit yang bimbang dan tidak mahu ambil risiko, penerbit filem "Roh" iaitu Kuman Pictures pula sebaliknya dan ia terbukti apabila sambutan terhadap filem seram ini di Malaysia dan Singapura amat memberasangkan.


Susulan itu, platform penstriman video popular MUBI telah mengumumkan bahawa filem mereka akan menayangkan filem arahan Emir Ezwan itu secara eksklusif di platform mereka bermula 2 Oktober ini.

Terdahulu "Roh" mencipta sejarah mereka sendiri apabila filem mereka berjaya bertahan di pawagam selama enam minggu dengan kutipan lebih RM500,000 walaupun dalam keadaan negara masih sedang berdepan pandemik COVID-19.

"Roh" berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

Cinema Online, 1 Oktober 2020


Related Movies:
Roh (Malay) (06 Aug 2020)

Jwplayer article page COSG

You May Also Like:
To read this article in English, CLICK HERE
Showtimes