Buletin

Salman Khan bawa masuk bintang lagak ngeri terkenal Korea untuk "Radhe"

Penulis: Nisa Irina

Salman Khan turut akan menampilkan Kwon Tae-Ho dalam satu babak pertarungan.
Salman Khan turut akan menampilkan Kwon Tae-Ho dalam satu babak pertarungan.

15 Okt – Selepas aktiviti penggambaran dibenar untuk bersambung, bintang terkenal Bollywood Salman Khan tidak menunggu lama untuk meneruskan penggambaran filem aksi terbarunya berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai" yang mana dia akan bergandingan dengan Disha Patani sebagai peneraju.

Bagi memastikan filem terbarunya itu padat dengan aksi-aksi hebat, Salman telah dikatakan akan membawa masuk bintang pelakon lagak ngeri terkenal di Korea Selatan iaitu Kwon Tae-Ho yang akan diberi tanggungjawab untuk koreograf babak pertarungan.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Salman telah membawa pakar seni mempertahankan diri itu pada tahun lalu yang mana Kwon ditempatkan di hotel 5 bintang di Bandstand.


Pengambilan pakar lagak ngeri itu dibuat selepas Salman dan pengarah Prabhu Dheva bersetuju bahawa Kwon adalah yang terbaik dalam mencorak babak pertarungan.

Menurut satu sumber, Kwon berada di India selama sebulan di mana dia menjalani penggambaran dengan pasukan produksi di sebuah studio di Bandra.

Malah dia turut akan ditampilkan dalam satu babak yang akan memperlihatkan Kwon akan bertarung dengan Salman.

Selain Salman dan Disha, "Radhe: Your Most Wanted Bhai" juga dibintangi oleh Jackie Shroff, Randeep Hooda dan ramai lagi.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: in.pinterest & twitter.com/salmanic_4ever)

Cinema Online, 15 Oktober 2020


Showtimes