Buletin

Salman Khan gantung syarikat produksi SKF akibat COVID-19

Penulis: Nisa Irina


Salman Khan luangkan masa di rumah dengan melukis.

27 Mac – Bintang ternama Salman Khan mengumumkan segala produksi di bawah syarikat produksinya Salman Khan Films (SKF) terpaksa digantung buat sementara waktu akibat pandemik COVID-19.

Ia berikutan Perdana Menteri India Narendra Modi mengisytiharkan perintah berkurung selama 21 hari bermula 25 Mac sebagai langkah pencegahan penularan wabak maut tersebut.

"Dalam keadaan yang menguji akibat pandemik Coronavirus ini, kami akan terus menggantung operasi syarikat produksi kami susulan perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan India selama 21 hari.


"Tolong duduk di rumah dan jaga keselamatan anda," tulisnya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Instagram Salman Khan Films.

Tahun lalu, produksi SKF telah menerbitkan filem aksi sekuel iaitu "Dabangg 3" arahan Prabhu Deva yang diterajui Salman, Sudeep, Sonakshi Sinha, Saiee Majrekar dan ramai lagi.

Terbaru, SKF bakal tampil dengan sebuah lagi filem baru berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai" juga arahan Prabhu Deva, yang kini dalam proses produksi. Ia dijangka akan menemui penonton pada 22 Mei ini.

Susulan perintah berkurung itu, Salman dilihat meluangkan masa dengan menunjukkan bakat melukisnya menerusi laman sosial. Di kesempatan itu, dia turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan dan kekal duduk di rumah.

(Sumber foto: Box Office Worldwide)

Cinema Online, 27 Mac 2020


Showtimes