Buletin

Salman Khan terima bayaran lebih RM11 juta untuk setiap episod "Bigg Boss 14"

Penulis: Ashraf Nasser

Salman Khan kembali mengendalikan rancangan popular
Salman Khan kembali mengendalikan rancangan popular "Bigg Boss" untuk musim ke-14.

5 Sep – Bintang terkenal Bollywood dilaporkan telah menaikkan bayarannya untuk mengendalikan program popular "Bigg Boss" untuk musim ke-14.

Menurut laporan dari news18.com, aktor itu yang bakal muncul dengan program yang akan mula bersiaran pada Oktober ini dikatakan dibayar sekitar Rs20 crore (lebih RM11 juta) untuk setiap episod.

Ini menjadikan bayaran yang diterima oleh bintang berusia 54 tahun untuk semusim program "Bigg Boss 14" hampir Rs250 crore (lebih RM141 juta).

Bayaran itu termasuk dengan sesi penggambaran untuk promosi dan juga promosi virtual.


Malah Salman akan mendapat bayaran 'bonus' sekiranya rancangan itu disambung semula pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Salman mempunyai sebuah filem terbaru iaitu "Radhe: Your Most Wanted Bhai" yang sepatutnya ditayangkan pada Aidilfitri lalu namun terpaksa ditunda akibat India dilanda pandemic COVID-19.

Sehingga kini pihak produksi filem itu masih lagi belum menentukan tarikh baru tayangan filem itu.

(Sumber: News18)
(Sumber foto: The Indian Express)

Cinema Online, 5 September 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes