Buletin

Kriti Sanon perlu tambah 15 kg berat badannya untuk "Mimi"

Penulis: Nisa Irina

Kriti Sanon akan jayakan wataknya dalam filem "Mimi" sebaik mungkin.
Kriti Sanon akan jayakan wataknya dalam filem "Mimi" sebaik mungkin.

14 Jan – Aktres Kriti Sanon mengakui berdepan cabaran untuk menambah berat badan sebanyak 15 kg sebagai persiapan menjayakan watak dalam filem terbarunya "Mimi".

"Untuk menambah berat sebanyak itu adalah perkara yang agak mencabar memandangkan ia perubahan baru untuk badan saya.

"Saya perlu melawan metabolisme dan meningkatkan pengambilan kalori untuk mendapatkan berat sebegitu dalam tempoh singkat.

"Walau bagaimanapun, saya teruja untuk melihat hasilnya. Ia merupakan watak yang kena dengan jiwa saya dan saya ingin melakukan sebaik mungkin, biarpun saya terpaksa menolak beberapa projek lain pada ketika ini," katanya.


Seperti yang dilaporkan oleh India Today, "Mimi" merupakan sebuah 'remake' filem Marathi arahan oleh Samroudhhi Porey berjudul "Mala Aai Vhhaychy" yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Marathi peringkat nasional pada 2011.

Pada Disember lalu, Kriti telah mengambil tempoh berehat setelah selesai menjalani penggambaran jadual pertama filem, dan akan kembali ke set pada Februari ini.

Menerusi filem "Mimi", Kriti akan memegang watak sebagai seorang ibu tumpang serta menandakan debutnya sebagai protagonis dalam sebuah filem.

Diarahkan oleh Laxman Utekar, filem "Mimi" dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

(Sumber foto: Kriti Sanon Instagram)
(Sumber artikel: India Today)

Cinema Online, 14 Januari 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes