Buletin

Shabana Azmi & Hema Malini kesal pelakon veteran tak dibenarkan sertai penggambaran

Penulis: Nisa Irina

Shabana Azmi dan Hema Malini harap kerajaan pertimbangkan semula peraturan yang dikeluarkan.
Shabana Azmi dan Hema Malini harap kerajaan pertimbangkan semula peraturan yang dikeluarkan.

14 Jul – Kerajaan India sudah mula melonggarkan sekatan Perintah Berkurung dengan membenarkan industri perfileman untuk kembali berjalan seperti biasa, namun haruslah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, aktres Shabana Azmi dan Hema Malini mempersoalkan peraturan yang dikeluarkan pihak kerajaan berkenaan para pelakon veteran berusia 65 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir ke set penggambaran.

"Sebahagian kecil filem Vikas Khanna yang belum diberi judul belum lagi difilemkan. Apa akan jadi kepada projek sebegini? Mengapa pihak penerbit perlu memilih artis yang lebih muda dan mewarnakan rambut mereka kelabu?

"Mengapa peraturan ini hanya ditetapkan kepada indistri filem sahaja dan bukan ahli-ahli politik? Adakah mereka yakin tiada ahli politik berusia 65 tahun ke atas akan menyertai mana-mana perhimpunan politik?" soal Shabana yang dipetik dari Filmfare.


Dalam pada itu, difahamkan Hema telah menghantar surat kepada Setiausaha Menteri Dalam Negeri Ajay Kumar Bhalla pada minggu lalu, untuk meminta pindaan terhadap peraturan tersebut.

Aktor Paresh Rawal turut menyuarakan pendapat bahawa set-set penggambaran sepatutnya perlu mempunyai peraturan keselamatan, termasuk kerja-kerja pembersihan.

Terdahulu, aktor Kanwaljit Singh berang susulan tindakan pihak produksi rancangan televisyen "Sandwich" menggantikannya dengan seorang aktor yang lebih muda.

(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: Gulf News & Wikimedia)

Cinema Online, 14 Julai 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes