14 Feb – Selepas menjayakan filem sukan "Jersey", aktor Shahid Kapoor dilaporkan telah menandatangi sebuah projek filem aksi berunsurkan patriotik yang bakal memulakan produksi pada sekitar tahun ini. "Ia mempunyai tema patriotik dan akan digarap oleh pengarah baru. Shahid merupakan peminat genre aksi dan sangat teruja untuk terlibat dalam filem ini. Untuk wataknya, Shahid perlu membina badan supaya kelihatan lebih tegap. "Jadi persiapannya akan dijalankan beberapa bulan sebelum penggambaran yang dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini. Ia kini berada dalam proses pra-produksi," dedah satu sumber dari Mumbai Mirror.