Buletin

Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan

Penulis: Nisa Irina

Shraddha Kapoor akhirnya dapat membintangi filem bersama Salman Khan.
Shraddha Kapoor akhirnya dapat membintangi filem bersama Salman Khan.

21 Mac – Aktres Shraddha Kapoor memberitahu dia lebih mementingkan pelajarannya sehingga sanggup menolak tawaran berlakon dengan bintang terkenal Salman Khan dalam sebuah filem.

"Biarpun pada ketika itu saya teringin sangat untuk menjadi seorang pelakon, saya terpaksa menolak tepi peluang itu demi pelajaran saya.

"Tambahan lagi ketika itu saya rasa usia 15 atau 16 tahun terlalu muda untuk menceburi bidang lakonan dan saya ingin tamatkan sekolah dan daftarkan diri ke kolej.


"Saya tak rasa jika menerima tawaran filem merupakan satu kejayaan buat saya pada ketika itu. Namun ia merupakan sebuah peluang baik untuk bekerja dengan Salman Khan dan saya rasa berat hati menolaknya," ujarnya yang dipetik dari NDTV.

Untuk rekod, Shraddha membuat debut dalam industri Bollywood pada 2010 menerusi filem thriller "Teen Patti" yang turut dibintangi Amitabh Bachchan dan Ben Kingsley.

Terbaru, Shraddha sedang meraikan kejayaan filemnya bersama Tiger Shroff, "Baaghi 3", yang telah ditayangkan di pawagam bermula 6 Mac.

Biarpun ketika ini dunia dilanda wabak COVID-19, namun filem arahan Ahmed Khan itu berjaya meraih kutipan memberansangkan sebelum kebanyakan panggung wayang di India ditutup.

(Sumber: NDTV)
(Sumber foto: Shraddha Kapoor Instagram)

Cinema Online, 21 Mac 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes