Buletin

SK Global bekerjasama dengan Joko Anwar untuk Bumilangit Cinematic Universe

Penulis: Ashraf Nasser

Joko Anwar juga telah mengumumkan judul-judul filem dari BCU yang akan dihasilkan pada masa hadapan.
Joko Anwar juga telah mengumumkan judul-judul filem dari BCU yang akan dihasilkan pada masa hadapan.

21 Nov – Syarikat produksi antarabangsa SK Global bakal menjalin kerjasama dengan produksi Indonesia iaitu Screenplay Bumilangit yang mana ia akan bersama untuk menerbitkan filem berdasarkan adiwira dari Bumilangit Cinematic Universe (BCU).

Menurut laporan dari Deadline, selepas tayangan filem adiwira pertama dari alam cinematik itu iaitu "Gundala", Joko telah mengumumkan bakal menghasilkan dua buah filem lagi iaitu "Virgo and the Sparklings" yang akan diarahkan oleh Ody C. Harahap dan "Sri Asih" yang akan diarahkan oleh Upi.

"Virgo and the Sparklings" ini sedang dalam pembikinan di sekitar Jakarta, manakala sebuah lagi akan memulakan penggambaran hujung November ini.


"Kami sangat berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Joko dan Screenplay Bumilangit, yang mana Joko telah melancarkan sesuatu yang hebat; alam adiwira yang yang sahaja menghiburkan tetapi menampilkan budaya (Indonesia) asli.

"Dengan penonton kini terbuka untuk mencari kandungan di seluruh dunia, kami merasakan Bumilangit Cinematic Universe adalah contoh terbaik untuk menggarap cerita untuk penonton global," ujar Eksekutif SK Global, Winnie Lau dan Michael Hogan.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Bumilangit Entertainment Simarka Kurniawan turut teruja apabila SK Global mahu bekerjasama dengan mereka untuk melebarkan sayap filem Bumilangit Cinematic ke pasaran global.

Terdahulu, Screenplay Bumilangit telah menandatangani perjanjian dengan Disney+ Hotstar untuk memastikan kesemua Filem BCU akan ditayangkan secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar di Indonesia selepas tayangannya di pawagam.

(Sumber foto: Rojak Daily)

Cinema Online, 21 November 2020


Showtimes