3 Jun – Bergelar bintang paling terkenal Bollywood, semestinya Shah Rukh Khan mempunyai koleksi trofi juara pelbagai Anugerah Berprestij sepanjang menapak dalam industri perfileman. Namun di sebalik semua kemenangan itu, Shah Rukh Khan telah membuat pendedahan bahawa dia pernah menawarkan wang rasuah untuk merangkul trofi Anugerah Aktor Terbaik Filmfare 1994. "Apabila seseorang inginkan sesuatu, dia akan menjadi seorang yang teruk dengan berkata saya mahu ini, saya mahu itu, sebuah kereta, sebuah banglo, sama seperti sama menginginkan anugerah. "Jadi saya rasa terlalu terdesak untuk menjuarai Anugerah Aktor Terbaik, kerana saya merasakan diri saya memang layak untuk memenanginya.