Buletin

Sweet Qismina kumpul dana untuk beli topeng muka

Penulis: Ashraf Nasser


Sweet Qismina antara selebriti yang terawal tampil memberi
bantuan kepada orang yang terjejas.

2 Apr – Di saat 'so called' selebriti popular sibuk dengan isu bantuan khas kerajaan, selebriti dalam kalangan yang kurang 'popular' tidak pula sibuk dengan isu itu sebaliknya mereka berlumba-lumba berusaha memberi bantuan kepada yang memerlukannya akibat terjejas akibat penularan wabak COVID-19 termasuklah pelakon Sweet Qismina.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi bersama beberapa selebriti lain sibuk mengumpul dana menerusi Persatuan Kesedaran Manusia (MYMAHU) untuk membeli topeng muka untuk diedarkan kepada orang ramai.

"Kesemua hasil kutipan dana akan digunakan SEPENUHNYA untuk membeli topeng muka dan akan diagihkan kepada semua pihak yang telah berjaya kami hubungi.


"Terima kasih kepada semua yang telah menderma dan sila hubungi pihak MYMAHU jika memerlukan resit bagi pengecualian cukai," ujarnya di laman sosial Instagram miliknya.

Pelakon "Pusaka" ini adalah salah seorang selebriti paling awal tampil memberi bantuan tanpa diminta.

Antara selebriti lain yang turut memberi bantuan kepada yang terjejas akibat COVID-19 termasuklah Zizan Razak, Neelofa, Man Raja Lawak, Adam Shahz, Siti Elizad dan ramai lagi.

Diharap kesemua selebriti yang bersikap prihatin ini akan dimurahkan rezeki mereka.

(Sumber foto: Sweet Qismina Instagram)

Cinema Online, 2 April 2020


Showtimes