Buletin

Taapsee Pannu bakal bintangi biopik sukan Karnam Malleswari?

Penulis: Nisa Irina

 Taapsee Pannu dianggap sebagai aktres terbaik untuk jayakan watak Karnam Malleswari.
Taapsee Pannu dianggap sebagai aktres terbaik untuk jayakan watak Karnam Malleswari.

4 Jun – Terkenal sebagai aktres yang sentiasa menjadi pilihan pembikin filem untuk menjayakan filem-filem biopik, sekali lagi Taapsee Pannu dilaporkan telah ditawar untuk membintangi filem biopik atlet angkat berat Karnam Malleswari.

Baru-baru ini, syarikat produksi Kona Film Corporation telah mengumumkan pembikinan filem yang belum diberi judul itu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Malleswari yang ke-45 pada 1 Jun.

"Melihat kepada senarai filem sukan yang Taapsee Pannu telah terlibat, sepertinya dia adalah pilihan terbaik untuk menjayakan watak Malleswari.


"Para pembikin filem juga bercadang untuk menawarkan watak itu kepada Rakul Preet Singh, yang sentiasa terbuka untuk membawa watak berkait dengan kecergasan," dedah satu sumber yang dipetik dari The New Indian Express.

Menurut pengarah Sanjaya Reddy, filem yang menceritakan kisah jatuh bangun Malleswari dalam mengejar impian sebagai atlet angkat berat itu akan menjadi inspirasi kepada generasi muda masa kini.

Buat pengetahuan lanjut, Malleswari merupakan atlet wanita India pertama yang melakar sejarah apabila berjaya meraih pingat di temasya sukan Olimpik Sydney 2000, di mana dia memenangi pingat gangsa.

Dalam perkembangan lain, Taapsee mempunyai beberapa filem yang tertangguh penggambarannya buat masa ini iaitu "Haseen Dillruba", "Loop Lapeta", "Jana Gana Mana" dan biopik sukan kriket "Shabaash Mithu".

(Sumber: Kona Film Corporation Twitter & The New Indian Express)
(Sumber foto: The Hindu & Kona Film Corporation Twitter)

Cinema Online, 4 Jun 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes