4 Jun – Pengarah dan penulis Tahira Kashyap membuat pengakuan bahawa sehingga kini dia masih belum bersedia untuk mengarah filem untuk suaminya yang juga aktor terkenal Ayushmann Khurrana. Menurut Tahira, dia berpendapat bahawa dia perlu mencapai satu tahap yang tinggi sebelum mengarah suaminya kerana Ayushmann adalah seorang aktor yang dianggap senior dan versatil.