Buletin

Tiger Shroff beri petunjuk untuk sekuel filem pecah panggung "War"?

Penulis: Nisa Irina

 Tiger Shroff ingin jadi penari latar Hrithik Roshan dalam lagu
Tiger Shroff ingin jadi penari latar Hrithik Roshan dalam lagu "Ghungroo 2.0".

5 Jun – Bintang filem aksi Tiger Shroff seakan memberi petunjuk kepada para peminat bahawa dia bakal kembali berkongsi skrin bersama Hrithik Roshan dalam sekuel filem aksi pecah panggung "War".

Semuanya selepas Tiger membalas pertanyaan aktres Vaani Kapoor, yang turut sama menjayakan filem itu, mengenai pengalamannya bekerjasama dengan aktres tersebut menerusi laman Instagram Story.


"Harapnya kita berdua akan hidup balik untuk sekuel filem ini dan saya boleh menjadi penari latar dalam lagu "Ghungroo 2.0" di belakang awak dan Kabir (Hrithik Roshan)," balasnya dengan nada gurauan.


Tiger Shroff membalas pertanyaan Vaani Kapoor menerusi Instagram Story.

Seperti yang dilaporkan menerusi Republic World, pengarah Siddharth Anand pernah memberitahu perancangannya untuk memperkembangkan "War" sebagai sebuah francais selepas melihat reaksi para penonton.

Melihat kembali kejayaan filem "War" yang ditayangkan pada tahun lalu, maka para penonton sudah boleh menjangka bahawa perancangan Anand dapat direalisasikan tidak lama lagi.

Beralih ke perkembangan lanjut, Tiger yang kali terakhir beraksi dalam "Baaghi 3" akan kembali ke layar perak menerusi filem "Rambo" arahan Siddharth Anand dan "Heropanti 2" yang akan ditayang pada 2021.

(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: Cinema Express & Tiger Shroff Instagram)

Cinema Online, 5 Jun 2020


Showtimes