Buletin

Selebriti-selebriti Bollywood beri tribute kepada Diego Maradona

Penulis: Nisa Irina

Selebriti-selebriti Bollywood terkesan dengan berita kematian Maradona.
Selebriti-selebriti Bollywood terkesan dengan berita kematian Maradona.

27 Nov - Pemergian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona ternyata meninggalkan kesan kepada orang ramai terutamanya para peminat yang membesar dengan kejayaannya dari tahun ke tahun.

Maradona disahkan meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung pada Rabu, di mana dia telah dimasukkan ke hospital pada awal November lalu, selang beberapa hari selepas ulang tahun kelahirannya.


Sebelum itu, Maradona turut disahkan mempunyai darah beku di otaknya dan doktor terpaksa melakukan pembedahan.

Sehubungan dengan itu, selebriti-selebriti Bollywood juga tidak terlepas untuk mengucapkan selamat jalan dan memberi penghormatan terakhir kepada legenda yang terkenal dengan terma 'Hand of God' tersebut.

Antara selebriti Bollywood berkenaan ialah Shah Rukh Khan, Ranveer Singh, Kareena Kapoor Khan, Arjun Kapoor, Angad Bedi, Esha Gupta dan Bhumi Pednekar.

 

 

 

 

 













Cinema Online, 27 November 2020


Showtimes