Buletin

Tayangan filem Rajkummar Rao "Chhalaang" ditunda kali kedua

Penulis: Nisa Irina

Pengarah Hansal Mehta bersama Rajkummar Rao dan Nushrat Bharucha.. data-adbro=
Pengarah Hansal Mehta bersama Rajkummar Rao dan Nushrat Bharucha.

15 Feb – Pembikin filem komedi gelap "Chhalaang" mengambil keputusan untuk menunda tayangan filem itu hingga 12 Jun tahun ini tanpa mendedahkan sebab tertentu.

Seperti yang dinyatakan oleh laporan India Today, penerbit Luv Ranjan memberitahu "Chhalaang" adalah salah satu filem yang paling istimewa terbitan Luv Films jadi ia layak untuk diberi tarikh rilis yang lebih baik.

Asalnya, filem itu sepatutnya ditayangkan pada 31 Januari sebelum ditunda ke 13 Mac, namun kini ia akan dirilis serentak dengan filem "Khaali Peeli" lakonan Ishan Khatter dan Ananya Panday.

Filem "Chhalaang" akan menampilkan gandingan dua bintang terkenal iaitu Rajkummar Rao dan Nushrat Bharucha, dibantu oleh aktor Jatin Sarna dan Mohammed Zeeshan Ayyub.


Kedua-dua aktor dan aktres itu turut berkongsi pengumuman penundaan tarikh itu berserta poster filem menerusi media sosial, yang mana Raj dilihat berpakaian seperti seorang jurulatih sukan.

Buat pengetahuan lanjut, filem itu juga asalnya diberi judul "Turram Khan" sewaktu ia diumumkan oleh pengarah Hansal Mehta pada 2018, namun diubah kepada "Chhalaang" pada Disember tahun lalu.

Berlatarbelakangkan sebuah bandar kecil di Uttar Pradesh, filem itu menceritakan bagaimana penduduknya berusaha untuk cuba membangunkan aktiviti-aktiviti sukan di bandar mereka.

(Sumber: India Today)
(Sumber foto: IMDB)

Cinema Online, 15 Februari 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes