Buletin

Vardhan Puri akui meminati bidang penulisan

Penulis: Nisa Irina

Yami Gautam bangga lahir dari latar belakang keluarga seni.
Vardhan Puri buat debut sebagai model di Bombay Times Fashion Week.

1 Apr – Biarpun sudah bergelar aktor, namun Vardhan Puri mendedahkan dia meminati bidang penulisan dan pernah bekerja di sebalik tabir sebagai seorang penolong pengarah.

Sebelum ini Vardhan telah menyumbangkan hasil penulisannya menerusi filem arahan Cherag Ruparel "Yeh Saali Aashiqui" (2019), yang juga filem pertamanya.

"Suatu hari, ketika saya sedang bekerja sebagai penolong pengarah, penulis meminta saya untuk mencuba tulis skrip memandangkan pembantunya menghilangkan diri pada ketika itu.

"Saya menikmati keseluruhan proses itu dan sejak itu saya mula meminati bidang penulisan. Setiap hari saya menulis dan teringin untuk menubuhkan syarikat produksi saya sendiri.


"Buat masa ini saya sedang menulis lima buah skrip filem. Satu filem komedi, satu filem romantik, dan salah satu dari tiga buah yang lain ada filem sejarah," ujarnya menerusi laporan Times of India.

Menurut cucu kepada aktor veteran Amrish Puri itu lagi, dia mula menceburi bidang lakonan sejak berusia lima tahun dan tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Vardhan telah membuat debut sebagai model apabila dipilih untuk menyertai acara pertunjukan fesyen anjuran Bombay Times Fashion Week.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Vardhan Puri Instagram)

Cinema Online, 1 April 2020


Showtimes