Buletin

Vicky Kaushal bakal sumbangkan wang kepada dana PM-CARES

Penulis: Nisa Irina

Vicky Kaushal memulakan 'trend' baru di laman Instagramnya.
Vicky Kaushal memulakan 'trend' baru di laman Instagramnya.

3 Apr – Aktor Vicky Kaushal memberitahu bahawa dia akan menyumbangkan sejumlah wang kepada tabung bantuan kerajaan India bagi membantu menangani krisis kesihatan wabak COVID-19.

"Ketika saya diberi nikmat untuk tinggal bersama orang-orang tersayang di kediaman yang selesa, ramai orang di luar sana yang tidak bernasib baik.

"Dalam situasi krisis ini, dengan rasa rendah dirinya saya akan mendermakan sebanyak Rs. 1 crore (RM571,681.34) kepada PM-CARES dan Tabung Bantuan Ketua Menteri Maharashtra.

"Kita semua perlu bekerjasama dan akan menangani krisis ini bersama-sama. Marilah lakukan tanggungjawab kita bersama untuk masa depan yang lebih sihat dan kukuh," tulisnya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram.


Dalam perkembangan kerjaya, baru-baru ini Vicky telah membintangi filem seram thriller "Bhoot – Part One: The Haunted Ship" terbitan Hiroo Yash Johar dan Karan Johar.

Filem itu mengisarkan tentang pegawai polis bernama Prithvi yang ditugaskan untuk melakukan penyiasatan ke atas sebuah kapal besar yang terkandar di tepi pantai Mumbai, dan mula diganggu kejadian menakutkan.

Selain itu, Vicky juga sedang menantikan tayangan filem biopik "Sardar Udham Singh" arahan Shoojit Sircar yang kini berada dalam pos-produksi.

Menerusi filem itu, Vicky yang membawa watak Udham Singh telah digandingkan bersama aktres Banita Sandhu. "Sardar Udham Singh" dijangka akan menemui penonton di pawagam pada 15 Januari 2021.

(Sumber foto: Vicky Kaushal Instagram)

Cinema Online, 3 April 2020


Showtimes