Buletin

Komposer muzik Wajid Khan meninggal dunia pada usia 42 tahun

Penulis: Nisa Irina

Wajid Khan merupakan salah seorang daripada komposer muzik duo terkenal Sajid-Wajid.
Wajid Khan merupakan salah seorang daripada komposer muzik duo terkenal Sajid-Wajid.

2 Jun – Komposer muzik, pengarah dan penyanyi Bollywood Wajid Khan disahkan meninggal dunia pada usia 42 tahun selepas didapati positif wabak COVID-19.

Menurut laporan dari India Today, Wajid turut menghidap beberapa komplikasi kesihatan lain iaitu penyakit buah pinggang, yang memerlukannya untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang beberapa bulan lalu.

Wajid telah dikejarkan ke Hospital Surana, Chembur, beberapa hari lalu dan difahamkan tahap kesihatannya semakin merosot hari demi hari ketika berada di wad hospital.


"Dia menghidap beberapa masalah kesihatan. Dia menghidap penyakit buah pinggang dan menjalani pemindahan buah pinggang tetapi baru-baru ini dia disahkan menghidap jangkitan buah pinggang.

"Selama empat hari lalu, dia hanya bergantung kepada alat pengudaraan selepas tahap kesihatannya semakin merosot.

"Jangkitan buah pinggang hanya permulaan dan kemudian dia semakin kritikal," ujar komposer muzik Salim Merchant. Untuk rekod, Wajid merupakan salah seorang daripada komposer muzik duo terkenal Sajid-Wajid yang telah menghasilkan runut bunyi filem-filem besar seperti "Pyaar Kiya Toh Darna Kya" lakonan Salman Khan, "Garv", "Hello Brother", "Wanted", "Partner" dan francais "Dabangg".

Baru-baru ini juga, mereka telah bekerjasama untuk menggubah lagu baru nyanyian Salman Khan berjudul "Bhai Bhai" yang dilancarkan pada awal perayaan Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, selebriti-selebriti Bollywood termasuk Priyanka Chopra, Amitabh Bachchan dan Karan Johar tampil memberi tribute terakhir buat Wajid menerusi laman sosial masing-masing.






(Sumber: India Today, Twitter)
(Sumber foto: Koimoi)

Cinema Online, 2 Jun 2020


Showtimes