Buletin

Zarina Anjoulie masih belum kalah kes saman sivil Fara Mendoza

Penulis: Ashraf Nasser

Zarina Anjoulie akui hanya tahu mengenai Fara Mendoza menang kes saman di media.
Zarina Anjoulie akui hanya tahu mengenai Fara Mendoza menang kes saman di media.

8 Jul – Pelakon dan usahwan sensasi, Zarina Anjoulie telah berjaya mengenepikan penghakiman mahkamah bagi membela dirinya bagi kes saman sivil oleh pelakon Fara Mendoza selepas pelakon itu mendakwa telah menang kes saman malu terhadap Zarina.

Menurut kenyataan oleh firma perhubungan awam yang mewakili Zarina iaitu, Saiful Ridzuan Public Relations & Communications telah berkata Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah telah melantik barisan peguam baru selepas peguamnya diserang strok dan tidak dapat dihubungi.


Selepas mendapatkan pengesahan setelah pergi ke mahkamah pada 8 Jun lalu dan mendapati berita yang dilaporkan di media adalah benar, Zarina telah melantik peguam baru iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

"Zarina telah memfailkan permohonan mengenepikan penghakiman tersebut di Mahkamah Tinggi Malaya di Negeri Sembilan pada 24 Jun 2020 dan telah dimeteraikan oleh mahkamah pada 29 Jun 2020 untuk membolehkan anak guam kami membela diri.

"Pihak kami masih dalam proses membalas afidavit," ujar Nurul Hafidzah Hassan.

Selain mengendalikan kes saman Fara Mendoza, Nurul dan Zeti turut mengendalikan kes saman fitnah yang diambil ke atas dua pelakon wanita iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rose.

(Sumber foto: Zarina Anjoulie Instagram)

Cinema Online, 8 Julai 2020


Showtimes