Buletin

Zizan Razak tunaikan permintaan peminat cilik untuk bertemunya

Penulis: Ashraf Nasser

Zizan Razak bersama peminat ciliknya adik Puteri.
Zizan Razak bersama peminat ciliknya adik Puteri.

30 Jun – Pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak telah tunaikan impian seorang peminat ciliknya yang mahu bertemu dengannya apabila pelakon itu telah pergi sendiri melawat peminatnya itu di sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, dia pada mulanya teruja untuk mencerikan adik Puteri Nur Zulaika yang sedang berjuang melawan penyakit jangkitan paru-paru, namun apabila tiba di hospital sebaliknya berlaku.

"Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi saya rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital Port Disckson untuk melawak adik Puteri.

"Setibanya saya disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis Cuma air mata yang mencurah. Ya Allah, cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doktor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik Puteri dari keadaan sekarang.


"Saya mahu lihat peminat syurga ini sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil," tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Di Instagram, pelakon "Polis Evo 2" ini turut memuat naik video meluangkan masa bersama peminat ciliknya itu selama sejam.

Menerusi video itu turut memperlihatkan Zizan membuat panggilan video dengan pelakon dan pelawak terkenal Johan yang sempat menghiburkan Puteri.

Dalam pada itu, Zizan dalam tulisannya itu juga menyeru peminatnya akan menitipkan doa buat Puteri supaya dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh.

Ini bukanlah kali pertama Zizan melawat peminatnya yang mengalami masalah kesihat kerana sebelum ini pelakon itu sudah beberapa kali melawat peminatnya yang mengidap penyakit kronik bagi menghargai sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepadanya.

Sementara itu, Zizan bakal muncul dengan dua buah filem terbaru iaitu "Abang Long Fadil 3" dan "Polis Evo 3" yang kini sedang menunggu tarikh tayangan.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 30 Jun 2020


Related Movies:
Abang Long Fadil 2 (Malay) (26 Aug 2017)
Polis Evo 2 (Malay) (29 Nov 2018)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)

Jwplayer article page COSG
Showtimes