2 Jan – Bintang Bollywood Anushka Sharma dan suaminya yang juga kapten pasukan kriket India, Virat Kohli bakal menambah bilangan ahli keluarga mereka dengan kelahiran cahaya mata pertama pada Januari 2021. Biarpun kedua-duanya sudah biasa dengan kehidupan sebagai selebriti dan hidup dalam populariti, namun pasangan itu membuat keputusan untuk tidak mendedahkan tumbesaran anak mereka di media sosial. "Saya rasa ia adalah keputusan yang anak kita mampu terima. Tiada kanak-kanak yang lahir untuk dijadikan lebih istimewa daripada yang lain.