6 Jan – Aktres popular Banita Sandhu telah disahkan positif COVID-19 ketika menjalani penggambaran filem terbarunya di Kolkata. Menurut laporan dari Times of India, aktres yang berpengkalan di United Kingdom itu dijangkiti virus itu ketika dia dalam penerbangan bersama seorang pemuda yang positif COVID-19. Selepas disahkan positif COVID-19, aktres "Adithya Varma" dilaporkan enggan dimasukkan ke hospital kerajaan kerana kurang infrastruktur. Bagaimanapun, aktres itu akhirnya dimasukkan ke sebuah hospital swasta yang mana pihak hospital telah mengambil sampel untuk pengesahan.