10 Jan – Biarpun kedua-duanya sudah lama dalam industri Bollywood, namun selebriti terkenal Deepika Padukone dan Hrithik Roshan tidak pernah digandingkan sebagai peneraju utama dalam filem. Walau bagaimanapun, para peminat yang sudah lama menantikan filem mereka dilihat semakin teruja apabila kedua-dua selebriti itu saling berbalas ciapan di laman Twitter baru-baru ini.
Thank You so much HR!❤️ Now for another big celebration coming up in a couple of days...!🍰🍾🥂@iHrithik http://t.co/oD2belXkVi - Deepika Padukone (@deepikapadukone) January 7, 2021
Thank You so much HR!❤️ Now for another big celebration coming up in a couple of days...!🍰🍾🥂@iHrithik http://t.co/oD2belXkVi
Sehubungan dengan itu, para peminat dilihat membanjiri ruangan komen dan mula berspekulasi bahawa mereka akan mengumumkan filem baru bersama.
Make this movie happen queen pic.twitter.com/OxfNbVVpPq - 🍒 (@hoegenes) January 7, 2021
Make this movie happen queen pic.twitter.com/OxfNbVVpPq
Yesss gimme that movie pic.twitter.com/EdZRRlhvJi - Sampada⁷ ⟭⟬ (@sampadakhedaska) January 7, 2021
Yesss gimme that movie pic.twitter.com/EdZRRlhvJi
You guys do a movie together🥺❤❤ pic.twitter.com/O8OhR4bysO - Shreya💗💗 (@Shreya_Singh5) January 7, 2021
You guys do a movie together🥺❤❤ pic.twitter.com/O8OhR4bysO
And may I know when were going to see you on big screen together pic.twitter.com/si0oAJIYBm - mo0on-light (@mo0onworld) January 8, 2021
And may I know when were going to see you on big screen together pic.twitter.com/si0oAJIYBm
Walau bagaimanapun, ramai juga berpendapat bahawa Deepika memaksudkan tentang hari ulang tahun Hrithik yang bakal disambut pada 10 Januari ini.
I think she meant HR's bday. That's all. - AKS (@marvelguy2019) January 7, 2021
I think she meant HR's bday. That's all.
His bday coming up - Maria (@iam_maria22) January 7, 2021
His bday coming up
Dalam perkembangan lain, Deepika masih menantikan tayangan filem sukan "83" yang dibintanginya bersama suami dan aktor Ranveer Singh. Tayangan filem arahan Kabir Khan itu masih tertangguh akibat COVID-19. Selain itu, Deepika kini terlibat dengan penggambaran filem Shah Rukh Khan, "Pathan" dan sebuah filem baru arahan Shakun Batra. Sementara itu, Hrithik pula akan kembali sebagai watak adiwira terkenal Krishna Mehra dalam filem "Krrish 4" dan sekuel filem aksi pecah panggung, "War".
(Sumber foto: Vogue India)