Buletin

Dian Sastrowardoyo engggan berlakon filem seram kerana takut

Penulis: Ashraf Nasser

Dian Sastrowardoyo mahu sumbang tenaganya untuk majukan industri filem Indonesia.
Dian Sastrowardoyo mahu sumbang tenaganya untuk majukan industri filem Indonesia.

12 Dis – Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Dia Sastrowardoyo yang sebelum ini berehat dari dunia seni memberitahu dia sudah sedia untuk kembali beraksi di layar perak, bagaimanapun dia enggan membintangi filem bergenre seram kerana mengakui dirinya seorang penakut.

"Saya sebenarnya lebih kepada genre komedi, kalau genre seram saya tidak suka kerana saya penakut. Saya bimbang ketika penggambaran saya akan bertemu dengan makhluk halus," ujarnya yang dipetik dari Detikhot.


Tambahnya lagi, dia masih tidak akan menerima tawaran berlakon filem seram walaupun ditawarkan bayaran tinggi.

Walaupun takut untuk membintangi filem seram, Dian tiada masalah untuk membintangi filem thriller yang memaparkan babak-babak pembunuhan.

Selain berlakon, Dian juga menceburkan diri dalam dunia pengarahan apabila baru sahaja muncul dengan filem omnibus berjudul "Quarantine Tales" bersama empat pengarah lain.

Sementara itu, Dian yang kini lebih gemar berada di belakang tabir berkata dia mahu memberi sumbangan kepada industri perfileman Indonesia.

(Sumber foto: Popbela.com)

Cinema Online, 12 Januari 2021


Showtimes