12 Jan – Rancangan TV thriller 'supernatural' terkenal "Naagin" musim kelima akan melabuhkan tirainya pada Februari depan setelah enam bulan disiarkan. Walau bagaimanapun, seperti yang didedahkan oleh sumber dari Times of India, buat masa ini pihak penerbit masih belum menentukan tarikh untuk menyiarkan episod terakhir. ""Naagin 5" akan berhenti dikeudarakan pada Februari selepas enam bulan disiarkan. Tarikhnya belum diputuskan lagi.