7 Jan – Penyanyi popular Gisella Anastasia yang menjadi tumpuan di seluruh Indonesia berikutan kes video seksnya tersebar telah tampil membuat permohonan maaf terhadap bekas suaminya Gading Marten dan seluruh peminatnya. Gisella membuat permohonan maaf itu menerusi satu sidang media yang mana dia turut memohon maaf kepada kedua ibu bapanya termasuk anaknya atas kesalahan besar yang dilakukannya. "Saya berharap melalui kenyataan saya ini, saya memohon kemaafan daripada semua pihak terutama sekali kepada kedua ibu bapa saya, keluarga, anak saya Gempita, bekas suami Gading dan keluarganya," ujarnya yang dipetik dari Kapanlagi. Pada masa sama dia turut bersyukur dan berterima kasih apabila masih ada pihak yang tidak menghakiminya sebaliknya memberi sokongan untuknya terus kuat meneruskan kehidupan selepas apa yang berlaku.