13 Jan – Setelah menunda projek filem berbajet besar "Ekkis", pengarah Sriram Raghavan membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada filem terbarunya bersama bintang Bollywood Katrina Kaif. Memetik laporan dari Filemfare, Katrina akan digandingkan dengan 'superstar' industri filem India Selatan Vijay Sethupathi sebagai pasangan kekasih. Jika Sriram sudah memuktamadkan keputusannya, maka filem yang belum diberi judul itu akan menjadi sebuah filem besar memandangkan terdapat dua bintang terkenal yang digandingkan. Bagaimanapun, buat masa ini Sriram atau kedua-dua bintang filem berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun pengumuman rasmi.