Buletin

Kimo Stamboel gabung "Ivanna" dalam francais "Danur"

Penulis: Ashraf Nasser


Ivanna adalah hantu Belanda yang sudah pun membuat penampilan dalam filem "Asih 2".

14 Jan – Setelah francais "Danur" mencetuskan fenomena sejak filem pertamanya ditayangkan, pengarah filem terkenal Kimo Stamboel dilaporkan akan menggabungkan filem seram "Ivanna" pula ke francais tersebut.

Menurut laporan dari Detikhot, penggambaran filem tersebut sudah pun selesai baru-baru ini.

"Alhamdulillah projek pertama kami @mdpictures_offical! Terima kasih kepada semua kru dan keluarga yang terlibat, terima kasih juga untuk semua yang menjaga SOP kesihatan.


"Ia bukanlah tugas mudah untuk menjalani penggambaran ketika pandemik. Tahniah kepada semua. Kami harap dapat memberikan yang terbaik," ujarnya.

Watak hantu Ivanna telah pun diperkenalkan dalam filem seram "Asih 2" yang ditayangkan pada 24 Disember lalu.

"Danur" merupakan francais filem yang diangkat dari novel seram terlaris oleh Risa Saraswati.

Terdahulu, Kimo telah mengarahkan dua 'reboot' filem seram iaitu "Ratu Ilmu Hitam" dan "Dreadout".

(Sumber foto: DetikHot)

Cinema Online, 14 Januari 2021


Showtimes